Nuffnang Ads

Clarke, Pearson dinobat raja, ratu pecut Komanwel

PELARI pecut Australia, Sally Pearson (tiga dari kanan) meluru ke garisan penamat dalam acara akhir 100 meter Sukan Komanwel XIX di New Delhi, semalam. Pingat perak dimenangi atlet Nigeria, Osayemi Oludamola manakala gangsa milik Natasha Mayers dari St. Vincent. - AFP

NEW DELHI - Pelari pecut Jamaica, Lerone Clarke dan Sally Pearson dari Australia masing-masing dinobatkan sebagai raja dan ratu pecut Komanwel selepas mengungguli acara akhir 100 meter.

Semalam, Clarke memanfaatkan peluang dengan ketiadaan juara dunia dan Olimpik, Usain Bolt untuk meraih pingat emas dengan catatan 10.12 saat.

Sementara Pearson pula mencatat 11.28s untuk menghadiahkan emas kepada Australia tanpa empat nama besar dalam acara tersebut.

Mereka terdiri tiga pelari Jamaica, Veronica Campbell-Brown, Shelly-Ann Fraser dan Kerron Stewart yang menarik diri di samping juga atlet dari Trinidad & Tobago, Kelly-Ann Baptiste.

Itu adalah catatan masa terbaik bagi Pearson untuk meninggalkan pelari Nigeria, Osayemi Oludamola yang hanya mampu memperoleh catatan masa 11.32 saat untuk menang perak.Gangsa pula milik Natasha Mayers dari St Vincent dengan catatan 11.37s sekali gus mengecewakan harapan atlet England, Laura Turner.

Turner yang bermula dengan tidak begitu baik gagal untuk memintas Mayers menyebabkan dia hanya mampu berpuas hati di tempat keempat.

Sementara itu, Clarke memanfaatkan peluang ketiadaan Usain Bolt untuk mendapatkan emas dalam acara 100 meter lelaki dengan tidak membiarkan pelari England, Mark Lewis-Francis memintasnya.

Lewis-Francis hanya mampu memperoleh perak dengan catatan 10.20s yang meninggalkan Aaron Amstrong dari Trinidad and Tobago yang memperoleh gangsa dengan catatan 10.24s.

Lewis-Francis berkata, dia sepatutnya mampu memperoleh kemenangan bagaimanapun menghadapi masalah pada pemilihan.

"Ini adalah perlumbaan yang sukar dan saya merasa sedikit kecewa kerana sepatutnya perkara itu tidak harus berlaku ketika perlumbaan bermula.

"Kerana masalah pada pemijak blok tersebut tertinggal di belakang pelari dari Jamaica itu dan saya tidak mempunyai pilihan selain terpaksa memecut untuk berada hampir dengannya bagi mendapatkan pingat,'' katanya. - Agensi

No comments:

Post a Comment