
Tadi lunch kat kantin sekolah, macam biasa la aku ambil makanan pastu tanya Mak Su (owner kantin) suratkhabar hari ni, baca pasal isu semasa. Sambil-sambil makan, berborak dengan cikgu Zainab yang duduk sekali meja dengan aku.
Tup tup berborak masuk lak bab bila hendak kahwin. Mula-mula ditanya pada kawan sekerja aku. Sememangnya kena tanya sebab dia dah bertunang. Aku pula buat tak tahu je. Tapi tetap ditanya bila nak kahwin. Senyum kambing aku, dengan segan silu, aku menjawab, duit tak cukup lagi. Cikgu Zainab pesan kalau dah bertunang bagitahu. Aku mengangguk je.
Cikgu Zainab cakap ada 5 perkara perlu dihebahkan iaitu perkhawinan, pertunangan, bersalin, kematian dan naik haji. Perkara tersebut perlu diberitahu agar tidak timbul fitnah dan kesusahan kelak.
Aku baru je tahu tentang perkara ni. Terima kasih cikgu Zainab, nnt saya hebahkan. Memang betul pun apa yang cikgu Zainab bagitau, perkara tu bukan boleh buat main-main.
Pernah terjadi kes, di mana ada perempuan yang berkhawin tidak bagitahu yang dia dh bersuami tetiba dimasuk meminang oleh lelaki lain, tak ke naya tu. Apa-apa pun kena amik pedoman dan iktibar.
Cikgu Zainab terima kasih sebab sudi kongsi ilmu bersama kami. Cikgu memang sempoi~ Hehehe
No comments:
Post a Comment