Nuffnang Ads

Yum yum pau sambal n donut :)

Semalam lepas berbuka ngan mak saya, dan adik beradik kesayangan. Dalam otak planning nak wt kudap2. Disebabkan petang tu aku ada beli mauripan aka yis so aku terpikir la nak wat pau sambal. Aku masa kecik2 sikit mmg terer buat pau sambal ni. Mak aku dulu berniaga kuih sebelum berniaga nasi lemak. So mak aku dh bahagikan job buat kuih kat aku dan adik pompuan no2 aku. Adik aku wat karipap aku buat pau sambal dan donut dan sebaliknya (ye la kalo ari2ngadap jemu kot). Hehehe, tp semalam terpaksa la mak aku igtkan balik. Perghh mmg berdesing telinga kena bebel. Ala mak ni, kita dh lupa la!! Anyway mak tolong gak. Apa la aku ni..

lauk berbuka (sup suun telur, ikan goreng sumbat cabai, ayam berempah (org kasi), ikan masin goreng cabai bawang dan ulam-ulaman (sambal belacan mesti ada!)

doh dibentuk

doh digoreng



TADA~~


donut gng suji sweet

pau sambal aka burger malaysia

chakoi aka pak tongko

Nampak sedap kan?? Hahaha, gebu dan lembut. Puas dapat makan. Sedap. Terbaik punya.

Nak resepi?? Nah, Jom buat.

BAHAN-BAHANNYA:

500 gm tepung gandum
satu paket yis mauripan
1 camca besar gula
1 camca kecik garam
3 camca besar marjerin
3 camca besar susu pekat
air
minyak





CARA-CARANYA:

1 Yis direndam dengan air suam, biarkan hingga berbuih
2 Tepung digaulkan dengan gula dan garam, gaulkan sebati
3 Masukkan marjerin dan susu kedalam tepung, gaulkan sebati
4 Kemudian masukkan semua yis ke dalam tepung, dan uli sehingga menjadi doh. Kalo lembik tambah tepung, kalo keras tambah air sedikit.
5 Selepas itu biarkan doh hingga kembang (10-15 minit),
6 uli doh (kuarkan angin), biarkan kembang lagi, ulang 2 ke 3 kali
7 Canaikankan doh dan terap bulat (guna gelas pun boleh) biarkan kembang (5-10minit)
8 Panaskan minyak dan goreng dalam 1-2 minit (nampk warna kemasan)
9 Belah tengah pau, bubuh sambal tumis dan hidangkan.

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment