Nuffnang Ads

Kucing saya dah bertambah!!

Pada 11 April 2011, kucing Cik Goyos yang diberi nama Cik Siti Nur Bella (Bella) telah selamat melahirkan 6 ekor anak kucing setelah 2 bulan setengah bunting. Malangnya seekor anak kucing tidak dapat diselamatkan akibat tidak cukup bulan. Bella walaupun kepenatan, namun tetap gagah dan garang menjilat dan menyusukan anak-anaknya. Kelima-lima anak Bella semua sihat. Masuk hari ini dah berumur 2 hari anak-anak kucing ini. Comel-comel anak Bella, ada yang belang-belang macam Bella ada yang bertompok-tompok macam Abun.

My mum cakap, lepas 3 bulan, my mum mahu beri anak-anak Bella kepada orang lain. Huhu, sedih dah Cik Goyos. Please mak! Bela la seekor~ Huhuhu.

Walaupun begitu, diharapkan anak-anak Bella sihat dan gemuk-gemuk. Tak sabar rasanya nak tengok anak-anak kucing ini besar. Dan tak sabar nak peluk cium~ Hehehe


Bella tidur akibat kepenatan


masa utk menyusu 
Kami sekeluarga belum fikir lagi nama untuk anak-anak Bella ini. Hmm ada cadangan? Hehehe

No comments:

Post a Comment