Siapa awak? Eh!! Ini bukan sebab tak kenal ke, silap orang ke atau apa-apa sahaja. Tetapi disebabkan perangai yang tak semegah tu, saya lupa awak la.
Begini ceritanya, saya mengenali seorang lelaki ini ketika saya bekerja untuk sara diri sendiri di Ipoh.
Perkenalan yang singkat dan nasib dirinya yang tidak baik, menyebabkan saya mengambil keputusan mahu mengambilnya sebagai adik angkat. Beza umur saya denganya hampir 7 tahun. Ketika itu dia masih muda.
Kemudian perpisahan terjadi, saya ditawarkan sambung belajar. Dan seterusnya saya dapat kerja lagi baik dan berpindah ke kampung halaman.
Pada awal perpisahan, saling sedih dan masing-masing berjanji akan terus berhubungan dengan medium yang ada.
Namun kesibukan dan kerja yang berlambak, sehari demi hari hubungan yang bertaut menjadi hilang. Dan semakin hilang apabila telefon saya hilang.
Pada satu hari saya dapat panggilan darinya, Alhamdulillah. Dia masih ingat.
Rindu saya padanya terubat, namun saya dapat rasa sedikit perubahan pada dirinya dan yang paling ketara dari segi percakapan dan permikiranya ke arah kedewasaan.
Pada mulanya saya ingat dia sengaja berbuat demikian. Namun dari hari ke hari dia semakin lucah!!
Saya mula jauhkan diri dan dia pula semakin berani. Dia mula meminta pinjamkan duit. Kalau dahulu saya beri sebabkan kasihan sekarang saya perlu berfikir panjang.
Saya terkilan dengan perangainya yang berubah kearah negatif. Dia terlalu memaksa sehingga saya tertekan. Akhirnya saya buat tak endah padanya.
"Minta maaf awak!
Saya harap awak berubah!
Awak yang sekarang saya dah tak kenal!
Balik lah kepangkal jalan".
p/s saya masih sayangkan awak
apakah ini?
ReplyDeletejust luahan hati.. sbb my adik angkat lor~
ReplyDelete