Nuffnang Ads

Bebel jap


Cinta yang dicari akan pergi, cinta sejati kekal abadi. Aku suka la kata-kata ni. Ada betoi kot. Tetiba cakap pasal cinta pa hal ek? Aku bukan jenis menjiwang sgt. Tp kalo dtg manja aku korg x leh resist kot. Hak hak. Wut eve~

So masa tadi dok belek-belek paper lama, aku terpandang kat satu artikel pasal pasangan warga emas yang berusia 70 dan 72 tahun. Bila tgk angka tu, aku terpikir berapa byk la pengalaman, dugaan dan cabaran hidup yang diorang tempuh. Mereka berdua ni dulu, berchintan, pastu bertunang namun ke jinjang pelamin tidak kesampaian.

JODOH...pasangan Shamsuddin dan Umi disatukan dalam majlis perkahwinan di rumah

Lagi detail kat klik myMetro | Kasih bertaut jua.

Kalau korang dh baca, mesti terpikir, dasyat nyer cinta mereka. Selepas berpisah selama 53 tahun, mereka disatukan semula. Bayangkan rindu-dendam selama ini semua dh terungkai.

Aku teringat kata-kata seorang teman, katanya " Yang pergi takkan kembali". Aku termangu sekejap, may b ada kebenarannya dan mungkin tidak. Kalau mcm kes mak cik dan pak cik ni, berpisah ada baik nya, may b waktu itu, kita baru tahu kelebihan dan kekurangan diri dan pasangan maka pada waktu "berpisah" itu kita boleh perbaiki.

Tapi kita tidak boleh tolak takdir yang dh ditetapkan sejak dari azali lagi. Bila sudah datang jodoh itu, bertemu kembali dan bersatu serta kekalkan kebahagian itu hingga ke akhir hayat. Namun, kalau ajal yang datang menjemput, itu memang pasti dan permergian itu tidak mungkin boleh dicari ganti.

Adoyai~ hak hak. Aku memikir terlalu banyak. Cinta oh cinta, aku sendiri tak faham. Yang pasti cinta yang kekal abadi, ialah cinta pada Ilahi.




2 comments: