Sepanjang minggu lepas dan minggu ni aku dan assistant² menyibukkan diri membuat kuih raya. Cadang nak buat dalam 3 jenis. Iaitu kuih yang hanya akan dimakan dan di perabis. Tapi kesudahannya kami bersepakat membuat kuih hingga kehabisan tepung. Tadi pagi dok mengira kuih ada dalam 6 jenis, rasanya hari ni pun nak menambah lagi. Aiks rajin bebenor buat kuih. Hehehe bukan rajin tp ada budget lebih. Lagi pula bila nak dekat raya, sambil buat kuih rasa seronok. Waktu ni la rasa dapat eratkan silaturahim antara adik-beradik, emak dan kekawan.
Emak semalam sibuk bercerita pasal raya dia zaman muda-mudi. Ala mak ni, boring la. Hehehe tp ttp juga telinga memasang dgr apa yang diceritakan. Sambil² tu minta tips nak buat kuih. Emak ada pengalaman yang lebih lama dari aku yg baru setahun jagung ni. Melayan jugak idea buat kuih raya ni. Macam² dapat noo.
bebelan
No comments:
Post a Comment