Nuffnang Ads

Takoyaki!!!


Ahhh, sedap nyer takoyaki~ Lama dh x mkn, last mkn tahun lepas.. Aku beli kat stall di QueensBays kat bawah skali.. Nama stall to Tako Tao.. Kat situ ada jual mcm perisa tako yg dh di pelbagaikan mengikut citarasa mulut korang masing².. Harga dalam RM4.00++.. Masa dulu dia cucuk kat lidi, skrg ni di bubuh dalam polistrene je.. Senang sikit nak mkn.

Walaupun dh lama x merasa tp perghh kesedapannya masih terasa di mulut. Eceh ceh. Hak hak.. Aku nak² mkn itu lagi!!! Yum²

Nak tau ape tu takoyaki??? Takoyaki adalah sejenis makanan Jepun berbentuk bulat. Korang leh WIKI Takoyaki je kalo nak tau lebih detail okay.

Ngah dok berangan rasa dan rupa tako tu, kat Mr G td aku terjumpa resepi takoyaki so kalo korang ada barang yg cukup leh la kalo nak wt.. aku x penah cuba lg. sbb nak mencari pan mould tu.. Hak hak alasan~~

TAKOYAKI

Bahan-bahan (Tepung Takoyaki)
1 cawan Tepung Gandum
290 cc Air
¼ sudu kecil Baking powder
1 sudu kecil garam.

Bahan-bahan Isi Takoyaki
2 biji Telur
Tako ( octopus, kalu takde guna squid)
Daun Bawang
Carrot dadu
Sedikit minyak (untuk di sapukan pd pencetak Takoyaki)
Sos Takoyaki
Dashi ( substitute dgn cube ikan bilis)
Nori@Rumpai laut yg hancur
mayonis

Cara-cara:

1 Bancuh Tepung dan air hingga rata kesemuanya.
2 Masukkan telur dan kacau lagi.
3 Tapiskan adunan cecair tersebut supaya tidak ada ketul-ketulan tepung.
4 Setelah adunan siap, sediakan pula bahan-bahan isi Takoyaki. Rebus dulu tako atau squid sehingga masak.
5 Letak dan panaskan takoyaki mould (rupa mcm tuang kuih cara cuma dia bulat2) di atas dapur dan sapukan sedikit minyak.
6 Apabila kuali panas, masukkan adunan tepung ke setiap acuannya menggunakan senduk.Kemudian masukkan pula inti tako iaitu tako@ squid, carrot dan daun bawang.
7 Pastikan api tidak terlalu besar dan sentiasa memerhatikan keadaan Takoyaki yang sedang di masak.
8 Apabila tepung kelihatan agak masak, terbalikkan ianya ke atas. Seolah-olah berbentuk bulat. Ini adalah untuk memastikan kesemua bahagian tepun itu benar-benar masak. Nak senang guna lidi, pusing2 nnti dia jd bulat.
9 Dah masak, hidangkan di atas pinggan hiaskan bersama sos dan bahan-bahan hiasan lain seperti fish flakes (bonito fish), nori (lihat pd gambar ) dan mayonis.
10 Sedap di makan ketika masih panas.


No comments:

Post a Comment