MAIS diarah ambil tindakan pengurusan Surau Al-Huda
SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan berduka cita berikutan kejadian di Surau Al-Huda Kajang Sentral Ahad lalu yang menyaksikan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching memberi ucapan di situ.
Sebelum ini, pada Ogos 2009, Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar, berucap dalam satu majlis berbuka puasa di dewan utama Masjid Taman Sri Andalas sehingga menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan umat Islam.
Mohamad Adzib berkata, MAIS juga mengingatkan mana-mana wakil rakyat bukan Islam untuk tidak mengulangi perbuatan sama serta menggesa supaya semua pihak termasuk parti politik agar lebih sensitif dengan perasaan umat Islam selain menjunjung titah perintah Sultan Selangor bagi menjaga kesucian institusi masjid dan surau di Selangor.
Baca lagi artikel ini di Berita Harian Online | Sultan Selangor Murka
Siapakah Teo Nie Ching??

Beliau adalah ahli politik dan salah seorang ahli parlimen Serdang. Beliau berasal dari keluarga politik dimana bapanya adalah setiausaha DAP bagi Komuniti Persatuan Kempen Parlimen Labis. Beliau begitu aktif dalam mengambil hati rakyat dan sering melakukan kebajikan agar rakyat di bawah bimbingannya tidak terabai lagi aktivitinya di blog | Teo Nie Ching For Serdang.
Lagi di Wiki | Teo Nie Ching,
Namun begitu dimanakah sensitiviti beliau terhadap isu keagamaan?? Adakah beliau terlupa negara kita terlalu sensitif bila bab agama di jadikan bahan utama untuk berpolitik. Walaupun beliau telah memohon maaf dengan kenyataan beliau di blog| Serdang MP Teo Nie Ching apologises to Sultan of Selangor , namun sedikit banyak kredibiliti, maruah dan perasaan umat Islam telah tercalar.
p/s berfikir sebelum bertindak. terlajak perahu boleh diundurkan terlajak kata/perbuatan, come to the end daa.
No comments:
Post a Comment