
Salam, baru² ni p lepak ngan adik kesayangan n my beloved bff kat Old Town Teypeng (Taiping). Lokasi nya di Taiping Central. Selalunya aku ngan adik kalo kuar lewat, kat umah dah mengketedarah awal². Nak jimat la katakan.. Tp sbb smlm tu kuar awal, so kena la lunch diluar. Mula² cr McD, tp dh jemu la.. So beralih arah la ke satu franchis yg mmg terkenal gak la masa aku time blajar dulo²..
Old Town White Coffee ini dibuka pada tahun 1958, di Ipoh, Malaysia. Ia bermula sebagai warung kopi klasik dengan sajian kopi terbaik iaitu kopi putih atau White Coffee. Akibat kesedapan aroma dan kenikmatan minuman itu, tersebar lah keseluruh Malaya dan akhirnya berkembang maju sehingga beranak-pinak franciss.
Aku suka mee kari dgn mee jawa. Mmg kaw!.. Besar pinggan+byk lak isinya.. Pedas dan mantat seh.. Hahaha, berasap+comot baju dowh.. Air fevret honey lemon ais. Aku x minum kafein, so agak rugilah. Hehehe, tp kekawan aku ckp mmg sedap n kaw lah!
Kalo roti lak aku suka curry potato toast dan garlic butter toast. Hehehe, nnt aku upload gambo yew. Terliur x?? Kalo tgk gambar je x puas, apa kata datang dan cuba lah sendiri. Hampir seluruh Malaysia ada termasuk Singapura. Ditempat aku je, Perak ada 10 cawangan.. Termasuk Parit Buntar. Yay!! Hahaha..
Nak tau lebih pasal Oldtown jom klik kat sini OldTown White Coffee.

yum yum
No comments:
Post a Comment