Semalam selepas solat terawih, mak teringin nak makan kerang rebus. Aisey, ngidam ke?? Dh 2 hari dia teringin nak makan. Aku membebel kat adik sbb janji nak bawa tp x pun nak berganjak p. Lastly Ahad baru nak p. Kat mana? Kat Parit Buntar ni aku x berapa nak pasti berapa byk kedai kerang rebus dbuka bulan Ramdhan. Tp dok dengaq kat Kerang rebus SG Aceh ngan kat Kuala Kurau sedap. Disebabkan kedua² tempat tu jauh, mak suruh cari dekat² je. Ada la jumpa. Kalau sapa² tau Pekan Lama mesti tau market lama kan kan?? So kat situ la, btoi² depan Bank RHB. So sampai² ja trus chop meja. Nasib mai cepat, org kurang sikit. Aku kurang makan kerang, bukan kurang mmg x makan. Yuks!! sbb rasa mcm darah.. Ye ke.. Huhuhu.. So aku order la Koew tiaw sup. Yum² sedap.
Adik aku cakap mmg sedap, kuah kacang dia mmg sedap. Laju btoi dia makan. Berbuka td aku tgk berpinggan-pinggan. Leh lagi dia makan kerang. Tobat aku x mampu makan byk lg dh. Mak aku lg dasyhat, pas kerang dia belasah lak laksa. Tp semua sedap. Mmg layan.
Sambil makan sambil bercerita. Macam2 mak aku bebelkan. Hehehe, tp seronok mendengar walaupun dh berulang kali dia dok gebang dan nasihat. Gosip2 pun kuar sudah, aiyoo lupa kah bulan Ramadhan? X da la ngumpat.
Masa makan koew tiaw sup adik ak pling kechik pelik, kenapa depa dok bubuh sos. Adik aku lg sorg ckp mmg cara org sini makan.Sup tu rasa la pedas2 manis. Ayah aku org Johor so bila makan sup ni mmg kebiasaan bubuh sambal kicap, so adik aku ni pelik la. Tp x per aku x kisah, aku leh je tibai, asalkan ada rasa pedas.
Pas selesai semua dok gosok perut. Kenyang bebenor ye. Mak seronok sgt, hajat dia tercapai. aku ngan adik kau senyum je. Lega dan bersyukur ada mak yg begitu memahami. I LOVE YOU, MAK!!
mengopek kerang (tgn adik aku)
kerang-kerangan
tu dia isi kerang~
aku makan koew tiaw sup (sedap!)
Uish abis dh??
No comments:
Post a Comment